Tugasan Ifolio

08:34 0 Comments A+ a-

Nama : Puah Ling Wang
No. matrik: A156223

Soalan 1 :Refleksi ilmu ketamadunan
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
Antara langkah untuk mengekalkan  tamadun Malaysia adalah rakyat Malaysia haruslah menjamin kestabilan politik.Dalam hal ini , pemimpin yang berkaliber dalam urusan pentadbiran negara adalah sangat penting untuk mengelakkan keruntuhan tamadun.

Seterusnya,pihak kerajaan haruslah melayan setiap masyarakat Malaysia dengan penuh kasih sayang.Sikap pilih kasih tidak sepatutnya disemai dalam minda pemimpin dan kebajikan masyarakat haruslah dijaga demi kesejahteraan tamadun Malaysia.

Kementerian pendidikan haruslah menerapkan sejarah tamdun Malaysia dalam silibus pelajar supaya mereka lebih memahami usaha para pejuang dalam mengekalkan tamadun Malaysia.Dengan usaha ini,pelajar akan menghayati pengajaran setiap sejarah dan berusaha untuk mengelakkan keruntuhan tamadun.

Tambahan pula,pihak kerajaan turut boleh merujuk cara tamadun lain untuk mengekalkan tamadun negara mereka .Sikap saling menunjuk ajar turut dapat diaplikasikan dalam usaha pengekalan tamadun Malaysia kerana cara yang lebih berkesan dapat dibincangkan melalui usaha ini.

Selain itu,pihak pendididk memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak murid mereka tentang kepentingan mengekalkan budaya tamadun Malaysia.Mereka haruslah menjelaskan aspek istimewa setiap budaya di Malaysia supaya generasi muda lebih memahami kepentingan kewujudan budaya .Dengan usaha demikian,budaya Malaysia dapat dikekalkan daripada keruntuhan.

Perpaduan antara masyarakat adalah sangat penting untuk mengekalkan sesebuah tamadun.Dalam hal ini,pihak pendidik haruslah memastikan benih perpaduan dapat disemai dalam nuri setiap pelajar dengan mengadakan aktiviti yang akan mengukuhkan ukhuwah masyarakat seperti sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. 

Ibu bapa juga berperanan untuk mengekalkan tamadun Malaysia.Dalam hal ini,ibu bapa haruslah memberi peluang kepada anak mereka untuk bergaul dengan masyarakat berbeza kaum,agama dan bangsa.Hal ini demikian,anak mereka dapat lebih memahami dan menghormati pantang-larang agama lain .Kerohanian masyarakat dapat diwujudkan dan tamadun Malaysia dapat dikekalkan secara tidak langsung.

Ibu bapa haruslah megelakkan diri daripada menerapkan budaya tamadun lain yang akan menjejaskan tamadun Malaysia.Ibu bapa ibarat sekeping cermin kepada anak mereka.Sekiranya ibu bapa berusaha untuk mengekalkan tamadun Malaysia maka anak mereka akan menjejak langkah mereka juga.

Masyarakat Malaysia terutama generasi muda haruslah berusaha untuk memodenkan tamadun Malaysia supaya tamadun ini tidak akan dipinggirkan oleh globalisi dunia.Dalam hal ini,generasi muda haruslah menimba selautan ilmu demi pengekalan tamadun Malaysia.

Masyarakat Malaysia haruslah menghargai inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan.Bagi pelajar yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara,mereka haruslah balik ke ibu pertiwi mereka untuk berkhidmat untuk negara.Hal ini demikian akan mengelakkan pengaliran generasi muda yang dapat menerajui kepimpinan negara dan bakal mengekalkan tamadun Malaysia ke luar negara.

Soalan 2 :Daya persepsi
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Pada pendapat orang Cina,setiap agama mempuyai nilai-niai positif yang harus dihayati oleh setiap insan .Tidak ada agama yang akan mengajar anak muridnya untuk menjadi insan yang besifat negatif seperti keganasan.Seseorang itu akan menghayati nilai keganasan sekiranya orang itu tidak mempunyai minda yang suci dan kukuh seturusnya mudah untuk dipengaruhi oleh aspek-aspek yang akan menaman benih keganasan dlam minda mereka.Oeh itu,pada pendapat orang Cina ,agama Islam bukan agama keganasan .Sekiranya keganasan berlaku dalam kalangan rakyat,agama Islam bukanlah agama yang harus dikritik malah rakyat itu sendiri yang harus mengubah diri supaya menjadi seorang yang bersikap positif.

Pada pendapat orang Melayu , mereka menafikan bahawa agama Islam adalah agama keganasan.Pada pendapat mereka,Tuhan telah memberi peluang kepada mereka untuk menyucikan minda merekan dengan mengayati elemen -elemen yang positif dalam agama Islam.Sifat keganasan adalah tidak dibenarkan dalam agama Islam kerana perbuatan ini dianngap berdosa.Mereka lebih mementingkan dosa dan pahala .Segala perbuatan keganasan akan mencetuskan ketidakstabilan tamadun sahaja.

Pada pendapat orang Kristian,mereka turut membantah pandangan media Barat bahawa agama Islam merupakan agama keganasan.Mereka berpendapt bahawa setiap agama mempunyai matlamat yang sama iaitu mengajar insan mereka supaya menjadi insan yang bermoral dan bertamadun.Oleh itu,konsep keganasan tiadak mungkin diterapkan dalam agama Islam.

Pada pendapat orang India,mereka berpendapat bahawa setiap orang mempunyai hak mereka untuk memilih agama yang sesuai untuk mereka .Sifat mengkritik agama Ialam merupakan agama keganasan tiadak harus dipupuk kerana ini bukan sahaja akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap agama Islam malah perbuatan ini turut akan menjejaskan imej agama yang dihayati oleh orang Barat.

Soalan 3 :Cipta puisi tema ketamadunan
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Tamadun Gemilang
Ini negara saya,
Negara tercinta saya,
Cinta saya yang tidak berbelah,
Nadi berdenyut demi negara tercinta ini.

Sejarah gemilang ku genggamkan,
Pengajaran bermakna ku hayati,
Pemimpin berkaliber ku hargai,
Taat setia ku janjikan.

Tamadun gemilang negaraku,
Tanah jantungku yang indah,
Biar putih mata ku janjikan,
Demi tamadun tercinta ini. 

Soalan 4 :Kepelbagaian dalam kesatuan
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua  orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Pertama sekali,rakyat tamadun mesti menanam benih perpaduan dalam hati mereka untuk kestabilan sesebuah tamadun.Dalam hal ini,rakyat haruslah saling bergaul mesra dengan bangsa yang lain tanpa mengira perbezaan warna kulit,agama dan bahasa.Nilai saling memahami dapat dipupuk apabila rakyat saling berkomunikasi dengan bangsa yang lain.Hal ini demikian kerana rakyat akan saling menghormati adat and pantang-larang bangsa yang lain dan mengelakkan diri daripada mencetuskan isu-isu yang sensitif .

Selain itu,rakyat haruslah bersifat rasional dengan tidak mudah dipengaruhi oleh pendapat pembelot tamadun yang akan mencetuskan pergaduhan antara rakyat.Tidak dinafikan bahawa  dalam sesebuah tamadun,kepelbagaian pendapat tentang isu politik tidak dapat dielakkan .Sesetengah rakyat telah mengadakan pemberontakan untuk menunjukkan kekuatan mereka.Namun, mereka tidak memahami bahawa tindakan mereka akan mencetuskan pergaduhan antara kaum dan menyebabkan ketidakstabilan tiang perpaduan.Oleh itu,rakyat haruslah bersifat rasional dengan membantah segala pemberontakan yang akan menjejaskan imej perpaduan tamadun.

Di samping itu,kementerian pendidkan dalam sesebuah tamadun turut bertanggungjawab untuk menyatukan semua rakyat dalam sesebuah tamadun.Dalam hal ini,kementerian pendidkan haruslah menerapkan sejarah tamadun yang  berkaitan dengan kepentingan perpaduan dalam silibus pelajar.Hal ini akan memberi peluang kepada para pelajar untuk mendedahkan diri kepada sejarah tamadun dan mereka akan lebih memahami elemen -elemen yang dominan untuk mengukuhkan perpaduan negara .Guru-guru juga memainkan tanggungjawab yang penting untuk mendidik para pelajar tentang manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat jika perpaduan kaum dapat dipupuk .Dalam hal ini,guru boleh menggunakan animasi untuk menarik perhatian para pelajar supaya mereka lebih memahami kepentingan sikap bersatu padu di bawah bumbung yang sama.

Akhirnya,pihak politik tamadun haruslah bersikap adil dalam bidang politik.Ketidakstabilan politik akan mencetuskan pergaduhan antara kaum.Dalam hal ini,pihak politik haruslah melayan bangsa mereka dengan adil .Sikap pilih kasih tidak boleh berlaku sesekali untuk kestabilan tamadun.Rakyat akan memikul tanggungawab mereka sebagai seorang rakyat yang bertamadun sekiranya pihak politik turut menjalankan rol mereka yang rasional and adil.