TUGASAN IFOLIO

Daya Persepsi

Propaganda barat kepada Islam dapat dilihat dengan jelas melalui media massa. Seringkali di television atau di laman sesawang, mereka mempamerkan kekerasan dan peperangan yang berlaku di negara Islam dan melabelkan sebagai Islam ialah agama keganasan. Perkara ini bermula semasa berlakunya serangan pada 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat yang mengakibatkan ramai orang awam terbunuh. Di situ, mereka mengaitkan bahawa serangan tersebut telah dilakukan oleh sekumpulan pengganas Islam iaitu al-Qaeda. Setelah daripada peristiwa ini, orang Islam telah dilabel sebagai pengganas. Sehingga kini, masih ada lagi pemikiran barat yang menyatakan Islam adalah terorisme. Hal in juga dikaitkan dengan jihad dalam Islam. Apa itu sebenarnya jihad?
Di dalam al-Quran, jihad disebut sebagai berjuang. Namun, secara relatifnya, maksud jihad itu merangkumi kesuluruhan kehidupan dalam peribadi seorang muslim. Jihad seperti mana yang diperintahkan dalam Islam bukan bermaksud membunuh atau dibunuh tetapi, bagaimana seseorang individu itu berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tambahan pula, jihad sangat penting dalam membina jati diri dan rohani seseorang individu muslim. Malahan, di dalam kamus Oxford Reference, jihad didefinisikan sebagai perang untuk melindungi Islam dari ancaman luar atau penyebaran agama di antara orang kafir. Bukan untuk membunuh sesuka hati, tetapi apabila kesucian Islam itu terancam, barulah peperangan berlaku. Namun, Islam telah menetapkan beberapa syarat ketika perang iaitu tidak menghancurkan tempat beribadat agama lain, tidak membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua dan memberi perlindungan kepada musuh yang menyerah diri.
Oleh kerana majoriti kaum Melayu merupakan orang Islam, perkara tersebut agak menyedihkan dan memberi impak besar terhadap mereka. Tidak dinafikan bahawa di Malaysia, pandangan terhadap Islam adalah biasa seperti mana agama lain, tetapi apabila mereka menjejakkan kaki di negara yang didominasi oleh Barat, mereka dipandang sebagai pengganas terutama kepada kaum wanita. Pandangan dari segi kaum Melayu tidak sama sekali dengan perspektif Barat. Walaupun banyak siaran tentang betapa teruknya situasi di negara Islam yang berperanng, mereka masih berpegang kepada Islam adalah agama yang membawa kepada keamanan. Pandangan Islam dilihat sebagai agama suci dan tidak mengajar kearah keganasan.

Di Malaysia, kita bersyukur kerana hidup dalam keadaan harmoni walaupun terdapat pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, kebanyakan pandangan kaum bukan Melayu mempunyai perspektif sama dengan orang Melayu. Mereka mengatakan bahawa Islam itu bukan bermaksud keganasan seperti yang dikatakan oleh Barat. Sebarang kemusykilan yang mereka perolehi dapat dibendung melalui penjelasan dari orang Islam di Malaysia. Selain itu, peristiwa masyarakat orang Islam di Rohingya yang dibunuh tanpa belas kasihan oleh sami Buddha tidak dipertikaikan. Tiada pandangan yang mengatakan agama Buddha berkait dengan keganasan. Di sini, dapat dilihat bahawa perilaku manusia itu tidak boleh dikaitkan dengan agama kerana secara logiknya, membunuh itu adalah perkara yang teruk terhadap kemanusiaan. Justeru daripada itu, kebanyakan agama tidak mengajar penganutnya untuk membunuh sesuka hati. Agama Buddha juga tidak mengajar penganutnya untuk melakukan pekara buruk sepeti itu, tetapi sifat manusia sendiri yang menyebabkan perkara ini berlaku.

TUGASAN VIDEO BERKUMPULAN



TUGASAN VIDEO INDIVIDUAL


NAMA          : WONG JIA SHING

MATRIX NO : A152345

TAJUK           : PERKEMBANGAN TAMADUN CINA



https://www.youtube.com/watch?v=TGPYtWp6vCU&feature=youtu.be

TUGASAN VIDEO INDIVIDUAL

NAMA: QISTINA ALYANI BINTI AYOB
NO MATRIKS: A152361
TAJUK: TAMADUN CINA: MASYARAKAT DAN BUDAYA




TUGASAN IFOLIO

NAMA: QISTINA ALYANI BINTI AYOB
NO MATRIKS: A152361


TASK 1: REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN

1. Rakyat haruslah berpegang teguh kepada Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia dan lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati
2. Rakyat haruslah menghormati realiti dunia berbilang ketamadunan dan mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun.
3. Rakyat mestlah bekerjasama dalam pembangunan ketamadunan.
4. Memupuk semangat cinta akan negara bermula dari kecil agar rakyat sentiasa setia kepada negara dan tidak berlaku pembelotan.
5. Menghapuskan keganasan dan ketidakadilan dalam semua aspek di Malaysia.
6. Rakyat juga harus gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka serta dapat berdikaritanpa bergantung kepada mana-mana pertolongan.
7. Memupuk semangat tolong-menolong agar dapat sama-sama memajukan negara dan tidak terdapat sempadan antara orang atasan dan orang bawahan.
8. Mengadakan hubungan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan bahawa Malaysia berupaya mengawal hal ehwal dalam negara dan bebas mewujudkan hubungan dengan kuasa luar tanpa dikawal oleh mana-mana kuasa luar.
9. Menggubal dasar yang dapat memajukan negara dan mengekalkan kemajuan seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai manual untuk rakyat bekerja memajukan negara dengan fokus kepada objektif dasar-dasar tersebut.
10. Memberi pendidikan kepada pelajar yang merupakan aset negara pada masa hadapan tentang pentingnya kemerdekaan dan jasa-jasa pejuang negara mendapatkan kemerdekaan negara sebelum ini. 


TASK 2: DAYA PERSEPSI

Pandangan Orang Cini di Malaysia

Pandangan orang Cina adalah media Barat telah menggunakan media ini untuk mencetuskan "Islamophobia" yang semakin berleluasa di Barat. Ini adalah kerana sebahagian orang Barat tidak menyukai kehadiran orang Islam di negara mereka. Perbuatan ini dibantah ramai orang Cina kerana mereka berpendapat Islam bukanlah agama keganasan malah mementingkan keamanan. Mereka tidak mempercayai media Barat yang cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan.

Pandangan Orang Melayu di Malaysia
Orang Melayu di Malaysia ramai menekankan agar rakyat Malaysia berusaha menghapuskan "Islamophobia" kerana konsep ini sangat bercanggah dengan prinsip agama Islam iaitu mementingkan kedamaian. Ramai berpendapat bahawa kebenarannya adalah ramai orang Islam yang tertindas, dianiayai dan dibunuh di Palestine tetapi media Barat tidak pernah menunjukkan perkara ini di media sosial. Selain itu, kita juga harus menghapuskan "Islamophobia" kerana rakyat Malaysia juga amat bimbang akan rakyat Malaysia yang berada di kawasan Barat yang kuat pengaruh "Islamophobia" kerana mereka sering berada dalam ancaman oleh orang Barat yang membenci penganut agama Islam. Hijab yang dipakai oleh mereka telah menjadi simbol "keganasan" oleh orang Barat. Rakyat Malaysia perlu berusaha menghentikan Islamophobia dengan memberi nasihat kepada kenalan yang mungkin mempunyai unsur ini, membuat laporan kepada polis sekiranya terlihat cubaan, perjumpaan atau hasutan yang berkenaan dengan Islamophobia, memujuk orang lain dengan cara yang baik untuk menerima rakyat yang beragama Islam dengan baik.

Pandangan bangsa lain di Malaysia

Kebanyakan bangsa lain di Malaysia tidak terdedah dengan media Barat yang memburukkan nama Islam tetapi ramai yang membantah perbuatan media Barat dan mereka berpendapat bahawa Islam adalah agama yang mudah, terbuka dan sentiasa menggalakkan penganutnya berbuat baik sesama manusia. Mereka juga berpendapat bahawa media Barat yang menonojolkan Islam sebagai simbol keganasan perlu dihentikan dengan segera kerana ini akan menimbulkan kekecohan dan pecah belah rakyat sekiranya berleluasa.


TASK 3: CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN

Utara, selatan, barat dan timur,
Tanpa mengira benua,
Saling berperanan,
Menyumbang kepada ketamadunan.

Tenaga, masa dan usaha,
Tanpa mengenali erti penat lelah,
Lelaki mahupun wanita,
Masing-masing memnuhi keperluan asasi.

Apabila sudah di hadapan,
Maka janganlah engkau sombong dan tamak,
Jauhilah ketidakadilan dan perebutan kuasa,
Kerana inilah racun yang membawa kepada kejatuhan.

TASK 4: KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN

Berdasarkan diskusi dengan rakan-rakan saya, terdapat beberapa cara untuk menyatukan semua orang walaupun terdapat perbezaan pendapat dan parti politik.

Pertama sekali, kita mestilah diasuh dari kecil supaya bersikap terbuka dan menghormati pendangan orang lain. Ini kerana setiap manusia dilahirkan unik, dan setiap manusia mempunyai cara berfikir dan mempunyai pendapat yang tersendiri dan unik. Oleh itu, kita haruslah berfikiran terbuka apabila orang menyuarakan pendapat kerana barangkali pendapat mereka adalah satu idea dan bernas malah dapat memajukan diri kita dan masyarakat. 
Selain itu, kita mestilah boleh menerimai krtikan dengan cara yang positif kerana komen dan kritikan daripada orang lain adalah sangat penting untuk memajukan diri kita serta menyedarkan kita akan kesalahan kita. Ini boleh diasah dari kecil oleh ibu bapa bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”
Di samping itu, kita juga hendaklah memupuk semangat perpaduan walaupun berbagai kaum sejak kecil lagi. Ini kerana kita hidup bersama pelbagai kaum, pendapat dan parti politik dan perpaduan adalah penting supaya tamadun kita tidak berpecah belah. Ini boleh dicapai dengan memperbanyak pergaulan oleh individu yang berbeza pendapat dan parti politik untuk mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam. Malah, idea yang bernas datang daripada pelbagai latar belakang manusia yang pelbagai. Oleh itu, penggabungan tenaga oleh pelbagai individu berlainan pendapat amat penting untuk memajukan tamadun kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. 
Selain itu, perpaduan juga boleh diasah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi dengan mengadakan aktiviti seperti debat, pembentangan pendapat, survey dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada mereka bahawa setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan kita harus menghormati pendapat mereka serta bagaimana kita perlu memberi respon yang positif dan baik kepada pendapat orang lain. Selain itu, ini juga dapat melatih anak muda cara untuk menyuarakan pendapat dengan professional. 

Akhir sekali, kita semua hendaklah menghidarkan diri daripada mencetuskan pergaduhan akibat perbezaan pendapat terutamanya di media sosial yang semakin berleluasa di kalangan orang muda. Ini boleh mencetuskan provokasi dan kemudian menyebabkan perpecahan perpaduan. Oleh itu, kita mestilah mempraktikkan kebebasan bersuara dengan cara yang betul.

TUGASAN IFOLIO

Puisi tamadun
Hembusan bayu yang lembut
Membawa khabar gembira dari Timur
Ikatan sudah termeterai
Kepercayaan sudah berputik
Membawa satu jejak ke hadapan
Menggapai impian di angkasa
Lantas
Pohon ku mampu berdiri tegak
Akar ku tidak goyah
Di mana yang bertatih bisa berjalan
Di mana yang berjalan bisa berlari
Di mana yang berlari bisa terbang tinggi

Meluaskan redupan pohon ku

TUGASAN IFOLIO

Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik
demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua 
orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang menetap di sini yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan bumiputera. Variasi ini menjadi satu daripada keunikan yang ada di Malaysia. Tambahan pula, ia merupakan antara tonggak utama negara sehingga mampu berdiri setanding dengan negara maju yang lain. Namun yang demikian, perpaduan di antara kaum yang berbeza ini dilihat semakin goyah. Hal ini harus dititik beratkan dalam menjamin masa depan tamadun Malaysia. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Persoalannya ialah bagaimana rakyat harus bersatu semula untuk masa depan negara?

Akar tunjang dalam perpaduan bermula dari rakyat sendiri. Masyarakat sendiri  hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Dalam menguatkan lagi perasaan kesefahaman antara kaum,  penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan harus dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warganegara, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara masyarakat berlainan bangsa.

Selain itu, usaha yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu atau bekerjasama serta mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.

            
         Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.