TUGASAN IFOLIO

08:01 0 Comments A+ a-

Daya Persepsi

Propaganda barat kepada Islam dapat dilihat dengan jelas melalui media massa. Seringkali di television atau di laman sesawang, mereka mempamerkan kekerasan dan peperangan yang berlaku di negara Islam dan melabelkan sebagai Islam ialah agama keganasan. Perkara ini bermula semasa berlakunya serangan pada 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat yang mengakibatkan ramai orang awam terbunuh. Di situ, mereka mengaitkan bahawa serangan tersebut telah dilakukan oleh sekumpulan pengganas Islam iaitu al-Qaeda. Setelah daripada peristiwa ini, orang Islam telah dilabel sebagai pengganas. Sehingga kini, masih ada lagi pemikiran barat yang menyatakan Islam adalah terorisme. Hal in juga dikaitkan dengan jihad dalam Islam. Apa itu sebenarnya jihad?
Di dalam al-Quran, jihad disebut sebagai berjuang. Namun, secara relatifnya, maksud jihad itu merangkumi kesuluruhan kehidupan dalam peribadi seorang muslim. Jihad seperti mana yang diperintahkan dalam Islam bukan bermaksud membunuh atau dibunuh tetapi, bagaimana seseorang individu itu berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tambahan pula, jihad sangat penting dalam membina jati diri dan rohani seseorang individu muslim. Malahan, di dalam kamus Oxford Reference, jihad didefinisikan sebagai perang untuk melindungi Islam dari ancaman luar atau penyebaran agama di antara orang kafir. Bukan untuk membunuh sesuka hati, tetapi apabila kesucian Islam itu terancam, barulah peperangan berlaku. Namun, Islam telah menetapkan beberapa syarat ketika perang iaitu tidak menghancurkan tempat beribadat agama lain, tidak membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua dan memberi perlindungan kepada musuh yang menyerah diri.
Oleh kerana majoriti kaum Melayu merupakan orang Islam, perkara tersebut agak menyedihkan dan memberi impak besar terhadap mereka. Tidak dinafikan bahawa di Malaysia, pandangan terhadap Islam adalah biasa seperti mana agama lain, tetapi apabila mereka menjejakkan kaki di negara yang didominasi oleh Barat, mereka dipandang sebagai pengganas terutama kepada kaum wanita. Pandangan dari segi kaum Melayu tidak sama sekali dengan perspektif Barat. Walaupun banyak siaran tentang betapa teruknya situasi di negara Islam yang berperanng, mereka masih berpegang kepada Islam adalah agama yang membawa kepada keamanan. Pandangan Islam dilihat sebagai agama suci dan tidak mengajar kearah keganasan.

Di Malaysia, kita bersyukur kerana hidup dalam keadaan harmoni walaupun terdapat pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, kebanyakan pandangan kaum bukan Melayu mempunyai perspektif sama dengan orang Melayu. Mereka mengatakan bahawa Islam itu bukan bermaksud keganasan seperti yang dikatakan oleh Barat. Sebarang kemusykilan yang mereka perolehi dapat dibendung melalui penjelasan dari orang Islam di Malaysia. Selain itu, peristiwa masyarakat orang Islam di Rohingya yang dibunuh tanpa belas kasihan oleh sami Buddha tidak dipertikaikan. Tiada pandangan yang mengatakan agama Buddha berkait dengan keganasan. Di sini, dapat dilihat bahawa perilaku manusia itu tidak boleh dikaitkan dengan agama kerana secara logiknya, membunuh itu adalah perkara yang teruk terhadap kemanusiaan. Justeru daripada itu, kebanyakan agama tidak mengajar penganutnya untuk membunuh sesuka hati. Agama Buddha juga tidak mengajar penganutnya untuk melakukan pekara buruk sepeti itu, tetapi sifat manusia sendiri yang menyebabkan perkara ini berlaku.