TUGASAN IFOLIO
Soalan 1:Refleksi Ilmu Ketamadunan
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu
ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan
perjumpaan dalam dewan kuliah.Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan
bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain
faktor.
1.
Kerajaan hendaklah mengadakan pelbagai program bertemakan
perpaduan bukan sahaja pada hari-hari sambutan bagi memupuk semangat kesatuan
sesama rakyat yang berbilang kaum.
2.
Para pemimpin hendaklah menjadikan perpaduan
sebagai asas dalam pentadbiran dan perpaduan sebagai keutamaan dalam mentadbir
negara.
3.
Kerajaan hendaklah mewujudkan akta bagi
melindungi status negara berbilang kaum bagi mengelak sebarang hasutan daripada
pihak luar yang cuba menjajah negara.
4.
Pihak berkuasa hendaklah mengenakan hukuman yang
berat bagi mereka yang cuba melancarkan agenda-agenda perkauman yang dapat
mencemar imej bangsa Malaysia.
5.
Pihak berkuasa juga hendaklah memantau aktiviti
atas talian yang kini semakin banyak menyebarkan propaganda anasir luar yang
cuba menjajah mentaliti anak muda.
6.
Ibubapa juga mestilah memainkan peranan dalam
memantau aktiviti anak-anak terutama yang bergelar mahasiswa yang kini semakin
bebas mengadakan aktiviti bercorak negatif dan berpengaruh budaya barat.
7.
Institut-institut pendidikan juga hendaklah
menjadikan ilmu ketamadunan sebagai salah satu subjek dalam sistem pengajaran
dan pembelajaran.
8.
Program-program bertemakan perpaduan juga
hendaklah dijadikan aktivti tahunan di setiap institut dari tahap pendidikan
awal sehingga ke institut pendidikan tinggi.
9.
Pihak kerajaan juga hendaklah menjadikan
sambutan kemerdekaan satu jewajiban dan salah satu jalan bagi memupuk semangat
cinta akan negara dan menyebarkan ilmu ketamadunan kepada rakyat jelata.
10.
Setiap individu juga hendaklah memupuk semangat
cinta akan negara dalamdiri masing-masing dengan mempelajari ilmu ketamadunan
dan salahsilah pembentukan negara Malaysia.
Soalan 2: Daya Persepsi
Di kalangan sebahagian media
Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dandikaitkan dengan
perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai
etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?Apa
pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Pandangan orang cina:
Prinsip jihad bukanlah seperti yang telah disebarkan oleh
golongan barat. Mereka sebenarnya telah memutarbelitkan perkara sebenar dan mewujudkan
propaganda yang bercorak negatif dan sengaja memburukkan imej penganut agama
islam.
Pandangan orang Melayu:
Prinsip jihad sebenarnya adalah pengorbanan ummat islam
dalam mempertahankan dan menyebarkan agama islam. Ianya merangkumi setiap aspek
rohani dan fizikal. Menuntut ilmu adalah jihad, menyebarkan daa’wah adalah
jihad,mempertahankan agama adlah jihad. Hal ini kerana ,mati shahid adalah
menjadi impian setiap ummat islam, iaitu mati diketika mana sedang berjihad
yakni mati ketika menjalankan perkaya yang telah disebut, bukanlah berbentuk
peperangan semata-mata. Golongan barat sengaja membina mendifinisikan jihad
sesuatu yang buruk dan kejam untuk meruntuhkan imej ummat islam dan mewujudkan
perkauman serta mencuba untuk menjajah minda globalis.
Pandangan orang india:
Penyebaran propaganda barat seperti yang telah kita dengar
sebenarnya salah satu jenayah cyber yang kini menjadi gejala yang semakin
berleluasa. Ianya termasuk konsep jihad yang merupakan sesuatu yang mulia
disisi agama islam. Mereka sengaja melakukan sedemikian supaya agama islam
kelihatan buruk di mata globalis.
Soalan
3: Cipta Puisi Tema Ketamadunan
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput
mendeklamasikan satu puisi.bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam
bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya
10-15
baris sahaja.
Irama Tamadun
Putera
Ali berangkat ke pekan,
Berpegang
tangan cinta hatinya,
Civilization
Inggeris namakan,
Disisi
Arab madana namanya.
Sultan
Mahmud di singgahsana,
Bersantap
bermesra bersama ratunya,
Tamadun
Islam membuka tirainya,
Pemerintahan
unggul penuh rahmatNya.
Pulang
singgah di pekan,
Singgah
sebentar bersiap-siaga,
Undang-undang
asas rujukan,
Barisan
Pemimpin tunjang negara.
Soalan 4: Kepelbagaian Dalam Kesatuan
Dalam mana-mana tamadun, mesti
ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelansungan kekuatan
sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula
demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Pada
pendapat saya, semua pihak hendaklah bersatu –padu dalam apa jua keadaan
terutamanya pada era globalisasi yang penuh dengan pancaroba dan pelbagai
halangan dalam mencapai perpaduan sesama rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai bentuk
dan medium yang dapat digunakan oleh anasir luar dan dalam yang cuba
menjatuhkan sistem dan perpaduan rakyat dan kelangsungan tamadun kita. Oleh hal
yang demikian, adalah menjadi satu kemestian untuk kita bersatu –padu tanpa
mengira apa jua situasi dan cabaran yang melanda. Sebagai contoh yang saya yang
dapat berikan adalah semasa peristiwa Lahad Datu. Walaupun hanya Lahad Datu dan
kawasan sekitarnya yang diserang pengganas sulu tetapi seluruh rakyat Malaysia
berkabung dan turut merasai kehilangan para pewira dan mangsa-mangsa kekejaman
pengganas sulu. Inilah yang kita katakan perpaduan perlu dicapai tidak kira apa
jua situasi.
