TUGASAN IFOLIO

11:40 0 Comments A+ a-

NAMA: WONG JIA SHING
MATRIX NO: A152345

TUGASAN 1: REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.  
1. Rakyat haruslah sentiasa mempunyai hati yang terbuka untuk menerima perubahan serta pemodenan. Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menjalin hubungan diplomatik dengan tamadun lain untuk memajukan ekonomi negara disamping mengeratkan kerjasama antara dua tamadun.
2.  Pihak kerajaan haruslah memberi bantuan kepada rakyat dalam menyediakan insentif atau peluang pekerjaan bagi meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat. Hal ini bukan sahaja dapat memajukan ekonomi negara bahkan mengurangkan kadar pengangguran di tamadun Malaysia
3. Sistem perundangan yang lebih teratur dan arif haruslah ditubuhkan. Setiap rakyat di Malaysia haruslah akur dengan system perundangan ini dan tidak melakukan jenayah yang akan mengancam keselamatan rakyat lain di negara ini. Pelaksanaan sistem perundangan yang adil akan mengelakan keruntuhan sesebuah tamadun.
4. Tidak menimbulkan isu-isu ketidakadilan dan perbezaan jurang di kalangan rakyat dan pemerintah. Tidak berlaku penindasan dan kezaliman terhadap rakyat sehingga berlaku pemberontakan dan seterusnya menyebabkan kemusnahan sesebuah tamadun.
5. Negara perlu mempunyai satu sistem pencegahan yang efektif sebagai persiapan apabila bencana alam berlaku. Sistem ini haruslah mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh melapetaka  serta memastikan kehidupan rakyat tidak akan terjejas jika berlakunya bencana alam.
6. Pihak kerajaan peru memastikan setiap rakyat di negara Malaysia mendapat peluang untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah tidak kira di pedalaman atau bandar supaya dapat melahirkan rakyat yang celik bahasa. Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan akan lebih rasional pemikirannya serta mengerti kepentingan hubungan gobalisasi dengan perkembangan tamadun.
7.  Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia haruslah mengamalkan sikap bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain supaya tidak berlaku pertelingkahan atau perselisihan faham. Hal ini akan menyebabkan  ketenteraman negara terganggu dan memecahbelahkan keharmonian antara kaum yang dibina sejak kemerdekaan Malaysia.
8. Rakyat dan pemimpin bertanggungjawab untuk mempertahankan kemerdekaan negara supaya tidak sekali lagi dijajah atau dikuasai oleh kerajaan luar. Rakyat hendaklah mengamalkan sikap taat setia terhadap negara. Rakyat hendaklah mengelakkan diri daripada menjual rahsia negara Malaysia kepada negara lain dan mengakibatkan keruntuhan tamadun Malaysia.
9. Pihak yang berkenaan perlu merangka satu sistem pembelajaan yang baru yang menyelitkan sikap patriotisme dalam  kalangan pelajar. Hal ini dapat memupuk kesedaran dan jati diri yang tinggi dalam pelajar. Dengan ini, lahirlah generasi yang berketerampilan tinggi dan cinta akan tanah lahirnya.
10. Pihak kerajaan dan pihak berkenaan haruslah mempertingkatkan lagi institusi kesihatan di Malaysia. Peningkatan dalam bidang ini dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan memastikan kebajikan rakyat terjamin. Wabak harus dielakkan untuk mengelakkan kejatuhan sesuatu tamadun.


TUGASAN 2: DAYA PERSEPSI
Apakah pandangan orang Cina di Malaysia terhadap kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad? Apakah pandangan orang Melayu di Malaysia? Apakah  pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Pandangan orang Cina
Pada pandangan orang Cina di Malaysia, mereka berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap agama Islam. Kekurangan pengetahuan mereka tentang agama Islam sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor orang Cina dpengaruhi dan ditipu oleh media Barat yang cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan. Sesetengah orang Cina yang dipengaruhi oleh liputan palsu sesetengah media Barat akan lebih cendurung untuk bersikap islamophobia. Hal ini kerana dengan pengetahuan Islam yang kurang serta pengaruh daripada media Barat, mereka akan mengelakkan diri daripada terlibat atau mengekang sikap ingin tahu mereka terhadap Islam. Dengan ini, salah faham serta perspektif orang cina tentang Islam serta perkataan Jihad akan menjadi lebih serius. Dalam kalangan pelajar cina di UKM pula, mereka lebih terdedah dan berkawan dengan rakan-rakan yang beragama Islam. Hal ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan mereka tentang Islam serta Jihad atas perkongsian daripada rakan mereka. Dengan ini, mereka tidak menunjukkan sikap islamophobia malah dapat bergaul baik dengan rakan beragama Islam.
Pandangan orang Melayu.
Pada pandangan orang Melayu pula, mereka berpendapat bahawa propaganda yang disebarkan oleh media massa Barat bukan sahaja akamn mengelirukan dalam kalangan bukan Muslim malah turut mengelirukan kefahaman seseorang muslim itu sendiri. Orang Melayu berpendapat bahawa tersebarnya propaganda yang negative terhadap Islam adalah berpunca daripada sesetengah umat Islam yang mentafsir salah istilah Jihad dan seterusnya menyebarkan ideoogi yang salah kepada penganut lain. Dalam konteks Islam, agama ini mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serta benci akan keganasan dan peperangan.
Pandangan bangsa-bangsa lain.
Bagi pandangan bangsa lain pula, mereka berpendapat bahawa mereka sememngnya dipengaruhi oleh media Barat dan mempunyai prasangka yang tidak baik terhadap istilah Jihad. Sesetengah malah tidak berani untuk mengungkit istilah ini kerana risau akan menyebabkan perbalahan dan masalah. Perkara ini akan berlaku kerana kefahaman mereka yang kurang terhadap Islam dan liputan daripada Barat yang hanya mementingkan keuntungan mereka tanpa menghiraukan kesan liputan tersebut terhadap perspektif dunia terhadap Islam.

TUGASAN 3: CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN

Ini Tanah Air,
Terbentuknya Tamadun Dan Sebuah Negara Membangun,
Pembangunan Ilmu Melahirkan Rakyat Berintelek Tinggi,
Pembangunan Teknologi Meningkatan Pencapaian Cemerlang,
Pembangunan Industri Melonjakkan Ekonomi ke Persada,
Imej Negara Terkenal Dihormati Di Mata Dunia
Ayuh Kita Generasi Akan Datang,
Generasi Pemangkin Ayuh Kita,
Mempertahankan Kemerdekaan Mempertahankan Tamadun,
Ini Tanah Air,
Tempat Bermula Dan Berakhir.

TUGASAN 4: KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
Dalam keadaan bagaimanakah semua  orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun?.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbagai-bagai bangsa yang menganuti agama yang berlainan. Dengan ini, adat dan budaya setiap kaum turut berlainan dan mempunyai keistimewaannya sendiri.  Dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, keharmonian antara kaum adalah sangat penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah negara. Rakyat dalam negara Malaysia haruslah sentiasa bersatu padu demi mempertahankan masa depan tamadun Malaysia yang terbina sejak kemerdekaan dicapai. Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mempunyai satu matlamat yang sama serta sejajar dengan pembangunan negara. Para pemimpin negara dan rakyat Malaysia hendaklah bersatu hati dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam negara. Misalnya jika negara Malaysia dilanda krisis wabak atau krisis ekonomi, para pemimpin haruslah duduk bersama dan berbincang dan seterusnya mendapat satu kata sepakat dalam memberi jalan penyelesaian mengahadapi krisis tersebut. Rakyat Malaysia turut perlu sentiasa bersedia memberi perkhidmatan terhadap para pemimpin dalam menangani krisis yang berlaku. Selain itu, rakyat Malaysia haruslah saling menghormati adat dann budaya kaum lain. Hal ini kerana dalam sesetengah proses penyelesaian masalah, percangahhan ideology serta budaya akan berlaku atas adat kaum yang berlainan. Dengan ini, kita haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan bersama-sama berbincang dan mencari jalan penyelesaiann yang tidak memyinggung perasaan mana-mana kaum di Malaysia supaya kesejahteraan Malaysia akan terjamin. Masa depan tamadun Malaysia yang cerah bergantung kepada generasi yang mempunyai jati diri yang tinggi serta semangat patriotisme yang mendalam terhadap Malaysia.