TUGASAN IFOLIO
NAMA: BALQIS BT ZULKIFLE
NO MATRIKS: A146985
Task: REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Instruction
Answer following Question:
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig
dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan
lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Dengan mempunyai pegangan agama dan kepercayaan yang kukuh
2. Dengan memberi keutamaan kepada pendidikan sepanjang hayat untuk rakyat
3. Dengan memiliki Organisasi dan institusi sosial yang mencukupi keperluan
4. Dengan mempunyai perundangan yang kukuh dan ditaati
5. Dengan menyediakan keperluan seperti pekerjaan, kesihatan dan lain2 untuk setiap rakyat
6. Dengan menggalakkan daya reka cipta, inovasi dan kreativiti yang tinggi
7. Dengan sentiasa meningkatan kualiti hidup rakyat
8. Dengan membangunkan sumber yang ada di dalam sesebuah tamadun
9. Dengan bersatu antara kaum di sesebuah tamadu
10. Dengan mengutamakan keamanan dan kesejahteraan rakyat
Instruction
Answer following Question:
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik
dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Rakan Islam
Sebagai seorang yang menganuti agama Islam, rakan Muslim saya merasakan bahawa Islam bukanlah agama yang menganjurkan keganasan. Tetapi media barat seringkali hanya menyiarkan sisi yang tidak baik yang dilakukan oleh penganut agama Islam. Hal ini kerana mereka tidak mengambil yang keruh dan meninggalkan yang jernih. Memang terdapat penganut yang baik dan buruk dalam mana-mana agama sekali pun. Sebagai contoh, penganut agama kristian pernah mempunyai persatuan Ku Klux Klan (KKK) yang juga extremist dan melakukan aktiviti terorism seperti seperti keganasan dan pembunuhan. Hal ini tidak pula diwar-warkan oleh media barat. Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa pihak yang mengakui Islam tetapi melakukan hal-hal yang dilarang agama seperti membunuh tanpa sebab dan sebagainya. Oleh kerana mereka mengaku sebagai Muslim, pihak ketiga yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai Islam yang sebenar hanya mengetahui insiden-insiden ini sebagai keganasan yang dilakukan oleh Islam. Pihak ini tidak menggambarkan Islam secara menyeluruh. Media barat tidak sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk hanya menyiarkan kejahatan yang dilakukan oleh pihak ini bagi menjatuhkan imej sesuatu kaum atau agama. Kesimpulannya, rakan Muslim saya berpendapat bahawa Islam yang sebenar bukanlah yang mengajar untuk membuat keganasan dan kerosakan seperti yang dijaja oleh media barat.
Rakan bukan Islam
Terdapat beberapa orang rakan bukan Islam saya yang tidak pasti maksud jihad. Tetapi mereka berpendapat bahawa Islam bukanlah agama yang menanjurkan keganasan. Hal ini kerana terdapat ramai dikalangan rakan mereka beragama islam tetapi tidak ada kes besar seperti pembunuhan dan sebagainya. Mereka juga menyedari bahawa di dalam setiap agama, terdapat penganut yang mengamalkan agama mereka dengan betul dan ada yang tidak. Islam juga tidak lari dari perkara ini.Pada pendapat mereka, jihad seperti yang dilakukan oleh penduduk Palestin, sebagai contoh, hanyalah untuk menyelamatkan diri mereka dari askar zionis yang tida ada belas kasihan. Mereka juga hanya ingin mempertahankan negara mereka dari terus dijajah oleh orang asing. Kesimpulannya, mereka tidak emrasakan bahawa Islam merupakan agama yang menganjurkan keganasan dan kezaliman seperti yang diberitahu oleh media barat. Kita juga haruslah bijak dalam mencari sumber berita agar tidak merumuskan sesuatu tanpa sumber yang betul.
Instruction
Answer following Question:
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi
bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya
10-15 baris sahaja.
Tanah Melayu,
kau tinggalkan agama Hindu-Buddha,
setelah Kau terima Islam,
yang dibawa oleh pedagang,
dari Arab, China dan India.
Tanah Melayu,
adat yang selari (dengan Islam),
kau biarkan,
tinggalkan yang keruh,
ambil yang jernih.
Instruction
Answer following Question:
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik
demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua
orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Perbezaan dan pendapat pelbagai parti politik bukanlah sesuatu perkara yang asing dalam sesuatu tamadun demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Hal ini seharusnya diselesaikan dengan professional dan pemikiran dengan niat membangunkan negara. Rakyat seharusnya sentiasa bersatu pada setiap masa. Walaubagaimanapun, rakyat haruslah lebih bersatu dalam situasi-situasi tertentu.
Pertamanya, dari apabila ada ketidak stabilan politik. Hal ini berlaku sebagai contoh kes rasuah yang berleluasa. Apabila pemimpin tidak mementingkan rakyat dan hanya mengutamakan diri sendiri, hilang rasa bersalah dalam diri pemimpin untuk tidak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi. Dalam hal ini, rakyat haruslah bersatu untuk melucutkan pemimpin dari jawatannya untuk kepentingan rakyat sendiri.
Selain itu, di dalam contoh yang lain, apabila pemimpin terlalu berkuasa dan tidak ada pihak yang boleh memberhentikan mereka. Pemimpin seperti ini akan menggunakan kuasa mereka tanpa batas dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada negara. Dalam hal ini, tidak ada yang boleh memberhentikan pemimpin ini melainkan kesatuan rakyat itu sendiri. Oleh itu dalam hal ini rakyat haruslah bersatu agar pemimpin seperti ini dapat dihentikan.
DI samping itu, rakyat haruslah bersatu apabila negara berhadapan dengan ancaman dari luar. Ketidak stabilan politik boleh berpunca dari dalam atau luar negara. Rakyat haruslah lebih bersatu apabila ancaman datang dari luar demi menyelamatkan negara dari ancaman luar. Ini kerana tidak ada pihak yang akan menolong rakyat sekiranya rakyat sendiri berpecah belah dan tidak bersatu ketika menghadapi ancaman luar.
Seterusnya, rakyat juga haruslah bersatu apabila negara mengalami masalah seperti masalah kewangan atau masalah kesihatan seperti penyebaran wabak-wabak berjangkit. Hal ini kerana apabila negara tidak mempunyai wang unutk disalurkan kepada badan terlibat, sukar untuk sesebuah negara untuk maju kehadapan. Oleh itu, rakyat haruslah bersatu menggembleng tenaga agar dapat difikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak situasi di mana rakyat harus bersatu dan cuba untuk mlupakan kepentingan masing-masing sahaja. Sebaik-baiknya, rakyat haruslah bersatu setiap masa untuk menjamin kemaslahatan sesebuah negara tersebut.
