TUGASAN IFOLIO

22:24 0 Comments A+ a-

Nama : NURSYAHMINA BINTI MOHD JASMY
No. Matrik : A156853

TUGASAN INDIVIDU 1 : REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN

Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Adanya persefahaman antara rakyat yang berbilang kaum dan wujud sikap bertolak ansur demi keharmonian bersama. Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah di antara satu sama lain agar dapat menangani cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan gemilang sebagai bangsa Malaysia yang bekerjasama, demokratik, makmur, bertolak ansur, penyayang, bermoral dan beretika.

2. Dengan penguasaan ilmu kita akan bebas untuk mengendalikan teraju negara kita sendiri dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di dunia. Sebaliknya, kelemahan akan menyebabkan kita terus bergantung kepada negara lain. Jika kita terus bergantung kepada orang lain, selama itulah kita mudah diperhambakan. Oleh itu, kita akan menguasai teknologi dan tidak ketinggalan di belakang. Masyarakat Malaysia bergerak maju dengan penuh daya saing dan dinamik

3. Dengan fikiran yang terbuka rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk menerima perubahan dan kemajuan di samping dapat menilai dan menyesuaikan perubahan dengan nilai hidup yang unggul. Masyarakat progresif tidak kekal di dalam kekolotan tetapi sentiasa mengikuti peredaran zaman. Yang dimaksudkan dengan negara maju ialah negara yang berupaya membangunkan diri sendiri melalui penguasaan ilmu, kecekapan dan moral yang tinggi yang akan membolehkan kita bersaing dengan negara maju yang lain dalam semua bidang.

4. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan sistem demokrasi Malaysia yang berorientasikan masyarakat dan berasaskan muafakat dan musyawarah. Rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan kerana kita ingin memelihara hak sebagai warga negara Malaysia yang berdaulat kerana politik yang kukuh, bersih dan mantap adalah amat penting di dalam perjalanan dan pembangunan sesebuah negara. 
.
5. Seluruh rakyat Malaysia juga mestilah sentiasa mengingati dan mengambil iktibar dari sejarah negara dalam usaha mencapai kemerdekaan sebelum ini. Kemerdekaan yang dicapai ialah hasil kerjasama di antara kaum yang telah bersetuju dengan beberapa perkara yang menjadi asas kemerdekaan dan perlembagaan negara. Setiap rakyat harus memahami bagaimana perlembagaan mengiktiraf keistimewaan kedudukan bumiputera dan hak kerakyatan bagi bukan Melayu, yang layak dan memilih untuk menjadi warganegara. Dengan persetujuan semua kaum juga agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi Malaysia.

6. Rangsangan keagamaan juga boleh menyebabkan sesebuah tamadun itu berkembang maju. Keadaan ini dapat kita lihat dengan tamadun Islam. Agama Islam mendorong umatnya supaya mencari ilmu pengetahuan sama ada melalui Al-Quran atau melalui tanda-tanda alam sekitar dan budaya manusia. Keadaan ini telah menyebabkan tamadun Islam berkembang pesat semasa khulafak umayyah dan juga pada zaman pemerintahan khulafa’ Abasiyyah. Dalam Islam menuntut ilmu adalah wajib dan merupakan proses seumur hidup iaitu dari buaian hingga ke liang lahat.

7. Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang di dalam keluarga yang bahagia akan membesar sebagai individu yang berkualiti. Anak-anak ini akan mewarisi sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni dari ibu bapa mereka. Oleh kerana itulah kita memberi penekanan kepada pembentukan keluarga yang bahagia. Ibu bapa diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk memelihara keluarga dan mengasuh anak-anak untuk menjadi warga yang berguna. 

8. Malaysia harus mempunyai kegiatan ekonomi yang mampu untuk bertindak dengan pantas dan dapat menyesuaikan diri mengikut perubahan penawaran, permintaan dan persaingan antarabangsa untuk menjamin kemakmuran negara. Rakyat negara ini mestilah mempunyai daya keusahawanan yang tinggi, mampu berfikir, mahir, tekun, bermaklumat dan bijak bertindak. 

9. Masyarakat bermoral dan beretika bangsa akan mempunyai identiti yang sendiri yang dapat dicontohi oleh seluruh dunia. Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama, budaya dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga, institusi-institusi sosial seperti sekolah dan tempat bekerja. 

10. Mengambil iktibar bahawa kita juga mampu memanfaatkan setiap kurniaan Tuhan dengan sebaik-baik mungkin sekiranya kita berusaha dan tidak mudah berputus asa. Generasi sekarang harus mempunyai semangat meneroka dan inovasi agar aktiviti ekonomi kita pada zaman moden ini dapat dipelbagaikan setanding negara-negara maju dan berkembang pesat yang lain. 


TUGASAN INDIVIDU 2 : DAYA PERSEPSI


Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia mengenai media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad?

        Pada pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia mengenai media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan, sememangnya peranan media dalam membentuk pendapat umum dan persepsi masyarakat tidak dapat dinafikan. Media yang probarat dan sentiasa mengambil peluang untuk memberikan
imej yang buruk kepada Islam sudah pasti akan terus menyebarkan berita-berita yang menggambarkan 
kenegatifan Islam dan menanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian terhadap Islam. Konsep jihad
dalam Islam yang disalahtafsirkan telah jauh tersasar daripada ajaran agama. Konsep jihad yang sebenarnya 
menuntut untuk semua umat Islam berjuang di jalan Allah dengan mematuhi prinsip syariat dan etika. 
Gerakan ISIS umpamanya adalah kelompok yang telah memburukkan nama Islam dan telah membawa satu 
perjuangan yang jelas bertentangan dengan Islam. Malahan, kewujudannya juga disangsikan atas faktor
tertentu yang menunjukkan mereka ini di taja dan didanai oleh pihak berkepentingan. Antara punca yang 
menyebabkan hal ini disalahertikan adalah kerana kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam 
mengenai konsep jihad itu sendiri. Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap
ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya 
hidup dan ganas, lebih-lebih lagi apabila disogok oleh pengaruh media Barat yang menyalurkan gambaran
negatif dan salah terhadap Islam. Media harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan program yang
disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidak menggambarkan perkara yang salah tentang Islam. Media
sepatutnya menerbitkan program dan rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia
berdasarkan fakta yang sahih.


TUGASAN INDIVIDU 3 : CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN

Here’s to the country I feel like home,
The place I feel so belong,
To where it started off 20 years ago,
But I’ve never really felt that long,
Looking back on how far you’ve gone,
Oh Malaysia you’ve grown so much so,
From down below to up, up and beyond.  

From coast to coast,
I hope it’s never the end of time,
For civilization to always go on,
And grow and pass and sway along, 
Because I like the idea how it’s worth,
For the future mankind and our lovely home. 

TUGASAN INDIVIDU 4 : KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun?

       Sebagai negara berbilang kaum kita boleh memilih beberapa nilai bersama yang penting seperti toleransi, berdisplin, hormat-menghormati dan bertolak-ansur demi meneruskan penyatuan dan perpaduan sesama kita.
Setiap rakyat harus  memahami  bagaimana perlembagaan mengiktiraf keistimewaan kedudukan bumiputera 
dan hak kerakyatan bagi bukan Melayu yang layak dan memilih untuk menjadi warganegara. Dengan
persetujuan semua kaum juga agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi Malaysia. Di samping itu, kebebasan
bersuara yang diberikan kepada rakyat untuk melahirkan pendapat dan idea perlulah disuarakan dengan penuh rasa tanggungjawab, dengan fikiran yang waras dan berlandaskan kepada kebenaran. Rakyat boleh 
menyuarakan sesuatu hanya setelah berfikir dengan teliti dan rasional serta sentiasa mengutamakan kepentingan golongan terbanyak. Sifat-sifat kesederhanaan yang menjadi amalan masyarakat Malaysia akan 
menjadikan kita lebih matang, bersikap liberal dan bertoleransi untuk bekerjasama antara satu sama lain.
Kerjasama yang diseru adalah dalam perkara-perkara kebaikan dan ditegah bekerjasama dalam perkara- perkara
yang membawa kerosakan. Apabila setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah
antara satu sama lain dan tidak merasa perlu untuk berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu pegangan 
hidup yang mungkin berbeza dengan orang lain, oleh itu wujudsikap bertolak ansur demi keharmonian bersama  dan masa depan tamadun Malaysia.